Elak Permohonan Ditolak. Dapatkan Penilaian Pra-Audit Halal & Atasi Sebarang Ketidakpatuhan

Jangan Sampai Banyak Masa & Duit Terbazir. Pastikan Pematuhan Halal Sebelum Mohon Halal JAKIM

Syarat Minima

Bisnes Anda Memenuhi Kriteria Minima Dari JAKIM Ini?

Mendapatkan pensijilan halal terutamanya dari JAKIM diakui mencabar, namun jika syarikat anda telah melengkapi syarat minima seperti yang disenaraikan di bawah, peluang untuk produk/restoran/kilang anda untuk lulus lebih cerah, lebih kurang renyah.

1. Syarikat Berdaftar

Perniagaan anda mestilah sah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan masih aktif.

2. Berlesen PBT

Perniagaan anda mestilah mendapat lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), lesen masih aktif dan dikeluarkan oleh majlis.

3. Ada Premis

Bisnes anda mestilah mempunyai fasiliti/premis untuk menjalankan operasi. Rumah bukan premis.

4. Minima Dua Pekerja Muslim

Syarikat mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 2 pekerja muslim sepenuh masa.

Syarikat Anda Penuhi Semua 4 Syarat Minimum Diwajibkan JAKIM?

Pastikan Perniagaan Anda Bersedia Untuk Permohonan Sijil Halal JAKIM Dengan Pra-Audit Premis Percuma

Marzidah Hasbullah – Perunding Bertauliah JAKIM

Sertai audit pematuhan halal di premis anda bersama pakar halal kami dan pastikan perniagaan anda memenuhi standard pensijilan halal JAKIM. Pasukan kami akan melawat fasiliti anda, memeriksa bisnes dan memberikan cadangan profesional. Pada akhir sesi ini, anda akan:

Soalan Lazim

FAQs

Audit Halal Pra-Pensijilan ini ialah audit fizikal ke atas tempat perniagaan anda untuk menilai tahap kesiapsiagaan pematuhan halal sebelum anda memohon sijil halal JAKIM. Kami akan menyemak proses operasi, bahan yang digunakan, dokumentasi, dan keseluruhan persediaan untuk mengenal pasti sebarang ketidakpatuhan.

Biasanya, ini adalah perkhidmatan berbayar, tetapi buat masa terhad, kami menawarkannya secara percuma kepada perniagaan yang memenuhi syarat minimum JAKIM.

Pemeriksaan ini adalah 100% percuma tanpa perlu sebarang komitmen dari pihak anda. Namun, jika anda perlukan bantuan tambahan, kami ada menawarkan perkhidmatan berbayar (namun tidak wajib) seperti:


✅ Penyediaan dokumen halal untuk kelancaran pensijilan.
✅ Pengurusan pematuhan bahan & rantaian bekalan.
✅ Audit halal dalaman sebelum penilaian rasmi JAKIM.
✅ Konsultasi perniagaan berlandaskan syariah.

Matlamat kami adalah untuk membantu anda menjimatkan masa, mengurangkan kos, dan memastikan proses pensijilan halal berjalan lancar.

1️⃣ Tetapkan temujanji pada tarikh & masa pilihan anda.
2️⃣ Pakar pematuhan halal kami akan datang ke premis anda untuk penilaian terperinci.
3️⃣ Kami akan menilai proses operasi, rantaian bekalan, dan dokumentasi anda.
4️⃣ Anda akan menerima laporan lengkap berserta langkah tindakan untuk memenuhi keperluan halal JAKIM.

Secara purata, pemeriksaan mengambil masa antara 1 hingga 3 jam, bergantung kepada saiz perniagaan dan tahap kompleksiti operasi anda.

Selepas pemeriksaan, anda akan menerima:
Laporan pematuhan halal yang menerangkan bahagian yang perlu diperbaiki.
Pelan tindakan jelas untuk membantu anda bersedia mendapatkan sijil halal.
Cadangan & nasihat bagi mengelakkan kelewatan atau kegagalan permohonan.

Terima kasih atas minat anda. Namun, kami mengesyorkan agar anda terlebih dahulu memenuhi syarat minimum JAKIM sebelum meneruskan permohonan. Ini bagi memastikan proses pensijilan halal berjalan dengan lebih lancar. Setelah perniagaan anda memenuhi kriteria yang diperlukan, kami sedia membantu anda dalam proses  mendapatkan sijil halal.

JAKIM – Sijil Halal Paling Dihormati di Dunia

Pensijilan halal JAKIM adalah antara yang paling dihormati dan dicari di dunia kerana ia disokong oleh kerajaan, mempunyai standard halal yang ketat, dan mendapat kepercayaan tinggi daripada pengguna. Sebagai badan pengawal selia di bawah kerajaan Malaysia, JAKIM memastikan pematuhan halal ditegakkan melalui undang-undang ketat, garis panduan komprehensif, dan proses pensijilan yang teliti.

Pensijilan ini diiktiraf di lebih 80 negara, menjadikannya piawaian emas bagi perniagaan yang ingin menembusi pasaran halal global. JAKIM juga mengekalkan ketelusan dengan menyediakan pangkalan data awam untuk pengguna menyemak status halal produk.

Kedudukan kukuh Malaysia dalam industri halal serta ekosistem halalnya yang maju menjadikan JAKIM sebagai penanda aras global dalam pensijilan halal.

Bisnes yang mendapat manfaat dari pensijilan halal

  • Makanan Diproses & Dibungkus (Snek, tenusu, makanan sedia dimakan)
  • Pemprosesan Daging & Ayam (Daging beku, makanan laut)
  • Minuman (Minuman botol, kopi, teh, minuman berasaskan tenusu)
  • Bahan & Aditif Makanan (Perisa, pewarna, pengemulsi, enzim)
  • Premis Makanan (Restoran, kafe, perniagaan katering)
  • Kilang OEM yang menghasilkan produk halal
  • Logistik & pergudangan 
  • Premis pemprosesan makanan 
  • Pembungkusan & pelabelan untuk produk halal
  • Produk Penjagaan Kulit & Kecantikan (Krim, losyen, serum, alat solek)
  • Produk Penjagaan Rambut & Diri (Syampu, perapi, deodoran, minyak wangi)
  • Minyak Wangi & Minyak Pati
  • Produk Penjagaan Oral (Ubat gigi, pencuci mulut)
  • Ubat Tanpa Preskripsi (OTC) (Ubat tahan sakit, vitamin, suplemen)
  • Ubat Preskripsi (Kapsul, tablet, sirap)
  • Ubat Tradisional & Herba
  • Pemakanan Perubatan & Suplemen
  • Peranti Perubatan & Bioteknologi
  • Produk Kebersihan Diri & Rumah (Sabun, pencuci, pembasmi kuman)
  • Produk Penjagaan Bayi (Lampin, losyen, bedak)
  • Tempat Penyembelihan Ayam & Ternakan
  • Pemprosesan & Pembungkusan Daging
  • Pusat Penyimpanan Sejuk Beku & Pengedaran
Kenapa Halal JAKIM?

Bagaimana Pengiktirafan Halal JAKIM Membantu Bisnes

Naikkan Brand Value

01

JAKIM sangat dikenali dengan ketelusan & ketegasan apabila memberi pensijilan halal. Bisnes yang ada logo halal JAKIM memberi imej “bukan calang-calang bisnes”.

Lebih Kompetitif

02

Pengguna kini lebih berhati-hati. Anda automatik kalah, jualan hilang kepada pesaing yang mempunyai logo halal JAKIM.

Naikkan Jualan

03

Pengguna sudah tentu lebih yakin memilih produk yang dijamin halal. Sekali viral produk atau premis anda tiada sijil halal, mahu terduduk dibuatnya nanti.

Potential Partnership

04

Ejen, kedai runcit, syarikat gergasi, pelabur sudah tentu lebih tertarik untuk bekerjasama dengan bisnes yang mempunyai kredibiliti halal JAKIM.

Cerminan Kualiti

05

Bila status halal bisnes anda telah disahkan, bermakna kualiti produk/makanan/premis adalah tip-top, kebersihan juga sudah tentu terjamin.

Go Global

06

Permintaan produk halal pada hari ini sangat tinggi di peringkat antarabangsa. Halal JAKIM adalah pasport untuk bisnes anda tembusi pasaran luar.

Tentang MNS Modulaz

MNS Modulaz Marketing SDN BHD berpengalaman lebih satu dekad membantu lebih 50 klien kecil & besar untuk mendapatkan pengiktirafan halal JAKIM & mengekalkan status tersebut.

Antara portfolio kami termasuklah:

  • Pensijilan halal untuk produk kosmetik yang mempunyai 30 produk SKU.
  • Premis makanan dan kilang yang menjalankan produk OEM.
  • Sebuah hotel yang sudah 3 kali ditolak permohonan halal.
  • Kilang papadom terkenal di Malaysia yang berkapasiti 5000 kaki persegi.
  • Kedai makanan steamboat dengan lebih 3 cawangan.
  • Kiosk makanan sepanjang R&R sebanyak 42 cawangan.
Tahun Ditubuhkan
0
Klien Gembira
0 +
Kursus Komprehensif
0
Tenaga Pengajar
0 +
Headquarters
Address
Got Further Questions?
Contact Us

MNS Modulaz Marketing SDN BHD © 2011 – 2025

Scroll to Top