“Saya kan pengusaha Muslim, takkan pelanggan tak percayakan saya?!” Selain tanggapan sebegini, kami senaraikan lagi mindset usahawan yang sukar kembangkan bisnes kerana tidak memandang pensijilan halal sebagai prioriti.
Sebagai pendiri bisnes, cara fikir yang betul sepatutnya "Berapa banyak jualan, berapa banyak pelanggan yang hilang sebab tiada sijil halal? Setiap hari berapa bisnes saya telah 'rugi' tanpa halal JAKIM? Kalau sijil halal bawa pulangan berkali-ganda, apakah masih mahal?
Bayangkan stressnya memandu tanpa sebarang papan tanda arah atau bantuan Google Map. Sudah tentu jalan yang bersimpang-siur lebih mudah dilalui apabila diberi panduan. Anda hanya perlu penasihat yang dipercayai agar proses yang rumit menjadi simpel.
"Bisnes kecik, banyak dokumen tak ada". Ini antara alasan kenapa bisnes kecil kekal kecil. Tanpa sijil halal, bisnes tiada kredibiliti meskipun pengusahanya Muslim. Tiada kredibiliti tiada keyakinan dari ejen, kedai, pelabur & pengeksport untuk bantu kembangkan bisnes agar keluar dari takuk lama.
JAKIM sangat dikenali dengan ketelusan & ketegasan apabila memberi pensijilan halal. Bisnes yang ada logo halal JAKIM memberi imej “bukan calang-calang bisnes”.
Pengguna kini lebih berhati-hati. Anda automatik kalah, jualan hilang kepada pesaing yang mempunyai logo halal JAKIM
Pengguna sudah tentu lebih yakin memilih produk yang dijamin halal. Sekali viral produk atau premis anda tiada sijil halal, mahu terduduk dibuatnya nanti.
Ejen, kedai runcit, syarikat gergasi, pelabur sudah tentu lebih tertarik untuk bekerjasama dengan bisnes yang mempunyai kredibiliti halal JAKIM
Bila status halal bisnes anda telah disahkan, bermakna kualiti produk/makanan/premis adalah tip-top, kebersihan juga sudah tentu terjamin.
Permintaan produk halal pada hari ini sangat tinggi di peringkat antarabangsa. Halal JAKIM adalah pasport untuk bisnes anda tembusi pasaran luar.
Untuk mendapatkan pengiktirafan halal JAKIM diakui mencabar, terlebih sukar buat mereka yang mahu ‘explore’ sendiri kerana nak berjimat.
Anda berisiko tinggi untuk ditolak permohonan. Masa & duit yang dilaburkan berpotensi tinggi untuk lebur jika tidak mengikut piawaian ketat yang digariskan JAKIM.
MNS Modulaz Marketing SDN BHD berpengalaman lebih satu dekad membantu lebih 50 klien kecil & besar untuk mendapatkan pengiktirafan halal JAKIM & mengekalkan status tersebut.
Kami tahu selok-belok tentang pensijilan halal. Kami sediakan jalan pintas mengikut kemampuan bajet syarikat anda dengan jaminan kelulusan 100% jika anda patuh dengan modul yang kami sediakan.
Elak Kerugian Wang & Masa Jika Mengikut Prosedur Yang Betul
Dapatkan konsulasi Halal Jakim secara percuma jika anda cukup syarat yang ditetapkan
Isi borang dibawah dan kami akan hubungi dalam masa 24jam hari bekerja
Maklumat anda dijamin rahsia & tidak akan didedahkan kepada pihak ketiga
MNS Modulaz Marketing SDN BHD © 2025