:
:
:

Mempunyai SSM yang sah dan masih aktif
Lesen masih aktif dan lesen adalah daripda pihak majlis
Premis yang dimaksudkan adalah lokasi operasi produk / restoran. Rumah adalah bukan sebagai premis
Minimum 2 pekerja muslim tempatan tidak mengira bangsa
Kelas belajar Halal secara bersemuka
JAKIM sangat dikenali dengan ketelusan & ketegasan apabila memberi pensijilan halal. Bisnes yang ada logo halal JAKIM memberi imej “bukan calang-calang bisnes”.
Pengguna kini lebih berhati-hati. Anda automatik kalah, jualan hilang kepada pesaing yang mempunyai logo halal JAKIM
Pengguna sudah tentu lebih yakin memilih produk yang dijamin halal. Sekali viral produk atau premis anda tiada sijil halal, mahu terduduk dibuatnya nanti.
Ejen, kedai runcit, syarikat gergasi, pelabur sudah tentu lebih tertarik untuk bekerjasama dengan bisnes yang mempunyai kredibiliti halal JAKIM
Bila status halal bisnes anda telah disahkan, bermakna kualiti produk/makanan/premis adalah tip-top, kebersihan juga sudah tentu terjamin.
Permintaan produk halal pada hari ini sangat tinggi di peringkat antarabangsa. Halal JAKIM adalah pasport untuk bisnes anda tembusi pasaran luar.
Kelas belajar Halal atas talian
Sebelum anda bertanya…
Biar saya jelaskan perjalanan permohonan sijil halal agar anda fahamkan konsep dan tidak tersalah anggap…
Pada fasa ini, pihak kami akan menilai keadaan produk dan restoran anda. Apa yang kami akan lakukan adalah datang ke premis anda dan melakukan “pre assessment” dimana kami akan meneliti dan menasihat mengikut 3 aspek utama:-
Fasa 1 ini melibatkan kerja-kerja penilaian permohonan dan uruselia dokumentasi permohonan halal. Apabila anda menjadi pelanggan program halal coaching, group whatsapp 24/7 akan ditubuhkan bagi urusan pertanyaan, pengesahan dan apa2 urusan melibatkan permohonan pensijilan halal.
Pada fasa 2, anda perlu menyediakan beberapa dokumen penting kepada pihak kami untuk kami membuat draf permohonan pensijilan halal. Bagi dokumen seperti bahan mentah, jika tiada, pihak kami akan bantu dan mencadangkan bahan mentah yang lain.
Setelah kami menyiapkan draf permohonan, pihak anda perlulah membuat pengesahan dan menggunakan semua dokumen2 yang telah diberikan.
Tugas WAJIB sebagai pelanggan:
Sebagai pelanggan, anda hanya teruskan aktiviti seperti biasa dan mengikut segala arahan dan nasihat yang wajib anda ikut. Hal ini kerana, segala peraturan adalah mengikut piawaian JAKIM.
Pra audit akan dilaksanakan bagi memastikan anda telah mengikuti semua piawaian permohonan pensijilan halal.
Pihak kami akan:
Pihak anda pula diminta untuk:-
Jika terdapat penambahbaikan ataupun cadangan yang diisukan oleh pihak auditor pihak kami akan bantu dengan segera. Pihak kami akan selesaikan sehingga pihak tuan memperoleh sijil halal daripada JAKIM.
Saya Cik Humaira, merupakan seorang Coach & Trainer dalam Pensijilan Halal Jakim. Saya berpengalaman menolong usahawan untuk dapatkan sijil Halal.
Latar belakang saya merupakan seorang Food-Tech kelulusan daripada sebuah universiti yang termahsyur dan Certified Halal Executive daripada Halal Professional Board JAKIM.
Jangan risau! sepanjang 2011-2022 ramai pelanggan kami terdiri daripada:
Dan banyak lagi !
Kami juga merupakan salah satu Rakan Strategi Jakim yang mula bertapak dari mula penubuhan